Tuesday, December 27, 2011

Kerjaya: Juruukur bahan

MOHD ASHRI (kiri) menekankan semangat kerja berkumpulan bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan.
MOHD ASHRI (kiri) menekankan semangat kerja berkumpulan bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan.
Menuntut semangat kerja berkumpulan, ketelitian

PERKEMBANGAN pesat sektor pembinaan negara menyaksikan lebih banyak peluang kerjaya sebagai arkitek, jurutera atau juru ukur bahan diperlukan industri berkenaan.
Dikategorikan sebagai kerjaya profesional, populariti arkitek atau jurutera dilihat lebih menyerlah berbanding dengan juru ukur bahan yang kurang menonjol biarpun peranannya begitu penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan.
Senario itu diakui juru ukur bahan bertauliah, Sr Mohd Ashri Yusuf yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam kerjaya berkenaan.

Kini berjaya menubuhkan syarikat perunding ukur bahan sendiri, May Consult di Gombak, Selangor, Ashri mengakui ramai yang masih kabur dengan peranan dan skop tugas sebagai juru ukur bahan.

Katanya, juru ukur bahan banyak terbabit secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan bermula dari awal sehingga peringkat penyelesaian akaun muktamad.

“Selain bertindak sebagai penasihat dalam projek pembinaan khususnya di peringkat perancangan mengenai peruntukan kos, saya juga bertanggungjawab menyediakan kajian bagi menyelidik sama ada sesebuah projek yang dirancangkan itu mampu memberi keuntungan atau sebaliknya.
“Kerjaya ini menuntut semangat kerja berkumpulan apabila perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk perunding reka bentuk bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan,” katanya.

Mohd Ashri menjelaskan, kerjasama dengan perunding reka bentuk penting bagi menentukan setiap elemen bangunan yang dicadangkan berpadanan dengan peruntukan kewangan yang disediakan.

Katanya, skop tugas juru ukur bahan juga dilakukan secara berperingkat, bermula dengan menyediakan kajian kemungkinan, menyiap dan menganalisis dokumen tender.

“Seterusnya memeriksa dokumen kontrak dan insuran, melakukan penilaian dan perubahan kerja, Mempertimbangkan tuntutan kontraktor selain menilai keperluan lanjutan masa sehingga menyelesaikan akaun penamat.

Katanya, kerjaya ini memerlukan ketelitian dan ketepatan dalam pengiraan kos kerana ia membabitkan aspek kewangan.

Justeru katanya, pengetahuan dan kemahiran dalam sains, matematik dan statistik amat diperlukan untuk menjadi juru ukur bahan.

“Sejak kebelakangan ini, wujud permintaan tinggi terhadap juru ukur bahan dan ia dikatakan masih belum mencukupi biarpun beratus graduan dilahirkan universiti tempatan setiap tahun.

“Gambaran ini secara tidak langsung menunjukkan prospek cerah kerjaya sebagai juru ukur bahan,” katanya.

Sama seperti arkitek dan jurutera, pengalaman dan khidmat terbaik juru ukur bahan turut membolehkan mereka memohon status profesional sekali gus membuka peluang menubuhkan firma perundingan sendiri.

Saturday, January 23, 2010

Plan Symbol


http://www.informationdestination.cengage.com/ReferenceContent/Other%20Content/Plan%20Symbols.pdf

Friday, January 22, 2010

SYMBOL OF PLAN

Click sini untuk dapatkannya

Tuesday, September 8, 2009

Peranan Jurukur Bahan

Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget) yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:1. Menyediakan kajian kemungkinan.Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.2. Menyediakan dokumen tender.Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahanhendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.3. Analisis tender.Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.4. Menyediakan dokumen kontrak.Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.5. Memeriksa insurans.Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh pihak kontraktor adalah dari syarikat yang dibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juga perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangka waktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance Co (1925AC619) dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.6. Penilaian kerja.Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.7. Mengira perubahan kerja.Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.9. Lanjutan masa.Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.10. Akaun muktamad.Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Friday, August 7, 2009

PERANAN QUANTITY SURVEYOR DI DALAM INDUSTRI KONSTRUKSI DI MALAYSIA



Abstrak : Quantity Surveyor (QS) adalah salah satu pihak yang terlibat di dalam proses pembinaan memiliki peranan yang sangat penting khususnya dibidang pengurusan kewangan projek pembinaan. Di dalam pembinaan Malaysia, perunding QS merupakan pihak yang mesti dilibatkan sewaktu projek masih dalam tahap ide. Kertas kerja ini memberikan gambaran tentang perkembangan QS di Malaysia, penglibatan QS dipelbagai sektor, perkhidmatan asas yang diberikan QS, serta peranan QS di dalam setiap tahap pembinaan.



Keyword : Quantity Surveyor, Perkhidmatan, Peranan



1. Pendahuluan

Definisi Quantity Surveyor (QS) dalam konteks kertas kerja ini, adalah seorang professional yang berdaftar dengan Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM). Sebelum bisa mendaftar beliau perlu mendapat pendidikan di universitas yang diiktiraf dan telah bekerja tidak kurang dari 2 tahun. Setelah itu beliau bisa menjalankan tugas Quantity Surveyor (QS) samaada di kantor pemerintah atau private.



Sebagai karyawan di firma QS atau di kantor pemerintah mereka akan dibayar gajian yang setaraf dengan gajian karyawan insineur. Bagi mereka yang mahu menjadi konsultan QS pula mereka diwajibkan bekerja tidak kurang dari 5 tahun selepas berdaftar dengan BQSM. Konsultan QS bisa menerima bayaran mengikut sekil bayaran standard BQSM. Sekil bayaran fee BQSM yang dilampirkan telah mendapat kelulusan pemerintah dan diterima pakai bagi semua projek-projek pemerintah. Bagi projek-projek private sekil bayaran fee adalah sedikit lebih rendah daripada sekil BQSM iaitu kurang dalam 20% - 30% daripada sekil tersebut. Kurikulum dan syllabus pengajian QS ini boleh dirujuk kepada kertas kerja kami yang bertajuk Proposal Pendidikan Profesion QS untuk Industri Konstruksi Indonesia.



2. Sejarah Perkembangan Profesyen QS di Malaysia

Profesyen QS dipercayai telah wujud di Malaya bermula pada awal tahun 1930an. Ia bermula apabila berlaku penghijrahan beberapa orang QS daripada negara England ke Singapura. Pada tahun 1934, Eric Watson dan Mr. Water telah menubuhkan firma perunding QS yang pertama di Malaya iaitu Messrs Water & Watson. Kewujudan firma tersebut telah bertahan sehingga tahun 1942. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Malaya di bawah jajahan British telah menubuhkan Bahagian QS dibawah Jabatan Senibina pada tahun 1950. Walau bagaimanapun, peranan bahagian ini agak terhad kerana pada masa itu berada di bawah Cawangan Bangunan dan bertindak sebagai pegawai kontrak.



Kebanyakan projek kerajaan pada ketika itu tidak banyak menggunakan senarai kuantiti. QS ketika itu lebih banyak bertindak sebagai pegawai kontrak dengan tugas utama memanggil tender berbentuk Lump Sum, mengurus kontrak tersebut dan seterusnya menyediakan Akaun Muktamad bagi projek yang telah selesai.

Tiada sistem pembelajaran yang formal untuk melatih tenaga tempatan pada waktu itu. Para kakitangan tempatan mempelajari bidang QS menerusi QS asing yang bekerja di Jabatan Kerja Raya. Menerusi pengalaman kerja yang diperolehi, maka muncul beberapa QS tempatan selepas itu. Pada tahun 1951, kursus QS telah diperkenalkan di Maktab Teknik Kuala Lumpur yang bertujuan melatih anak watan menjadi QS berkelayakan. Bertitik tolah daripada itu, muncul lebih ramai QS tempatan yang terlatih.



Sekitar tahun 1958 - 1959, beberapa firma perunding QS yang diasaskan warga asing telah wujud di Malaya seperti Frank & Vergeson, Chris & Cavanaugh dan Bridge Water & Coulton. Dato' Hj Ishak Mohd. Yusof seorang QS bumi putera berkelayakan pertama menubuhkan firma perunding QS Pakatan International. Seterusnya banyak firma perunding QS telah ditubuhkan selaras dengan perkembangan sektor pembinaan di Malaysia. Sehingga kini telah lebih 200 firma QS ditubuhkan dan lebih dari 700 orang QS yang telah berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan.



3. Institusi Profesional

Sejarah penubuhan institusi profesional QS di Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila Royal Institusion of Chartered Surveyor (RICS) - Malayan Branch telah ditubuhkan. Kemudian institusi ini telah ditukarkan kepada Pertubuhan Juruukur Malaysia (Institution of Surveyor Malaysia - ISM). Pertubuhan ini terdiri dari dari pada Juruukur Tanah, Juruukur Bangunan, Juruukur Bahan dan Jurunilai Hartanah. Manakala keahlian ISM ini pula terbahagi kepada beberapa kategori iaitu student member, graduate member, professional member dan fellow member.



Lembaga Jururuukur Bahan Malaysia telah ditubuhkan pada 10 November 1973

berasaskan kepada Akta Pendaftaran Profesional 1967 berkaitan pendaftaran Juruukur Bahan. Akta tersebut telah mewajibkan setiap QS yang telah melalui praktis sebagai QS berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. Ini bertujuan untuk memastikan khidmat profesional yang dijalankan oleh setiap QS adalah terjamin dan seterusnya melindungi masyarakat daripada sebarang kecuaian profesional.



Untuk menjadi seorang QS berdaftar, para lulusan Sarjana Muda QS (atau setaraf) hendaklah memiliki pengalaman praktis selama dua tahun dengan badan atau pihak yang diluluskan oleh pihak lembaga. Walau bagaimanapun, memandang perkembangan pesat di dalam industri pembinaan dan pertambahan bilangan QS di Malaysia, syarat pendaftaran tersebut telah diperketatkan. Setiap QS yang ingin berdaftar perlu mencatatkan segala pengalaman praktisnya dengan mengisi buku log (catatan harian) selama dua tahun. Seterusnya QS juga perlu menduduki peperiksaan profesional. Sekiranya lulus ujian tersebut, QS tersebut boleh mendaftar dan menjadi ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.



4. Penglibatan Profesyen QS

Di dalam perkembangan profesyen ini didapati lima sektor utama di dalam masyarakat yang mempekerjakan QS. Pertama sektor swasta dalam bentuk praktik swasta, kedua sektor perkhidmatan awam, ketiga kontraktor-kontraktor, keempat syarikat perniagaan komersil dan yang kelima sektor pendidikan.

i. Praktik Swasta

Kebanyakan praktis swasta bermaksud menyediakan pengurusan kewangan projek yang efisien dan menyediakan perkhidmatan perundingan kos bagi majikan dan perekabentuk sepanjang tempoh proses pembinaan. Praktis swasta ini samaada QS tersebut membuka firma sendiri ataupun melakukan kerjasama dengan profesional lain. Praktik swasta merupakan sektor terbesar dalam penglibatan QS.



iii. Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan awam merangkumi kerajaan pusat, kerajaan negeri, penguasa tempatan,

perbadanan pembangunan bandar baru dan badan-badan berkanun lainnya. Pada kerajaan pusat QS dapat dijumpai pada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya.



iii. Kontraktor

Di dalam organisasi kontraktor, QS memiliki banyak tugas penting untuk dilaksanakan.

Peranan QS di dalam syarikat kontraktor antara lain:

a. Membuat anggaran penawaran

b. Membuat kawalan kos selama pelaksanaan projek

c. Menyiapkan dan melaksanakan perundingan dengan subkontraktor

d. Menyiapkan kuatiti item-item kerja dan bahan yang diperlukan untuk memesan bahan dan jentera

e. Melakukan pengukuran di tapak untuk tuntutan bayaran kemajauan

f. Melakukan pengukuran di tapak terhadap apa-apa perubahan dan membuat perbincangan untuk menentukan harga

g. Memberikan khidmat nasihat apabila berlaku perselisihan

h. Mengurus masalah kontrak



iv. Syarikat Perniagaan Komersil

Beberapa syarikat perniagaan komersil telah mempekerjakan QS pada syarikat mereka antara lain: syarikat pemaju hartanah, pembuatan dan penyulingan, bank, syarikat insurans dan industri petrokimia.



v. Sektor Pendidikan

Pada sektor ini, QS melibatkan diri sebagai pensyarah pada institusi pengajian tinggi, sebagai instruktur pada pusat-pusat pelatihan industri konstruksi ataupun sebagai kakitangan yang mengurus proses pembinaan kompleks pendidikan tersebut.



5. Skop (Service) Profesion Quantity Surveyor

Service yang dilaksanakan oleh QS pada umumnya terbahagi kepada dua kategori berikut:

5.1 Service Utama

i. Penyediaan anggaran awal dan perancangan kos.

Anggaran awal dibuat QS berdasarkan maklumat awal dari klien dan lukisan kasar Arkitek. Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh QS di dalam membuat anggaran awal ini iaitu; teknik keluasan lantai, isi padu, dan jumlah unit. Anggaran awal ini akan dijadikan asas oleh klien dalam menetapkan perbelanjaan projeknya. Berdasarkan anggaran awal ini, Arkitek akan membuat rekabentuk permulaan. Sebaliknya apabila Arkitek telah membuat rekabentuk awal dan dipersetujui klien, maka QS akan membuat anggaran awal berdasarkan rekabentuk tersebut.



Perancangan kos merupakan suatu cadangan perbelanjaan keatas bangunan atau projek yang telah diagihkan untuk tiap-tiap elemen bangunan atau projek tersebut. QS di dalam membuat perancangan kos ini memerlukan sekurang-kurangnya lukisan layout dan elevation, petunjuk bahan dan material yang akan digunakan, maklumat kontrak serta analisis biaya perbandingan dari projek-projek lepas.



ii. Penyediaan Bill of Quantities.

Bill of Quantities (senarai kuantiti) merupakan senarai dari kerja-kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor. Ia merupakan satu bahagian terpenting dari kandungan dokumen kontrak yang berasaskan kuantiti. Senarai kuantiti ini harus dihargakan oleh kontraktor sebagai asas tawarannya.



Senarai kuantiti disediakan oleh QS apabila lukisan-lukisan terperinci telah diterima dari Arkitek dan Insineur di dalam senarai kuantiti, QS perlu menerangkan jenis kerja, jenis dan saiz bahan, cara pemasangan, kuantiti serta unitnya. Di dalam membuat senarai kuantiti ini QS akan berpandukan kepada piawai pengukuran tertentu.



iii. Penyediaan dokumen tender dan lapuran tender.

Dokumen tender atau dokumen penawaran merupakan suatu dokumen yang digunakan

untuk memanggil dan memilih kontraktor bagi sesuatu projek. Kandungan dokumen tender ini antara lain

a. Borang tawaran

b. Sarat-syarat tender

c. Senarai kuantiti

d. Jadwal kadar harga

e. Spesifikasi

f. Lampiran



Selain bertugas mempersiapkan kelengkapan dokumen tender, QS memberi nasihat

kepada klien tentang jenis tender yang akan digunakan seperti tender terbuka, tender secara pemilihan, perundingan dan sebagainya.



Apabila tarikh penutupan tender telah tiba, QS akan membuat penilaian keatas tender-tender yang diterima dari bakal kontraktor. Penilaian dibuat sama ada atas persyaratan yang dinyatakan klien ataupun format penilaian yang ada pada masing-masing QS. Penilaian disusun dalam suatu laporan antara lain berisi senarai petender dari terendah hingga tertinggi, kelebihan dan kekurangan masing-masing, cadangan kontraktor yang layak untuk dilantik klien meskipun keputusan muktamad berada ditangan klien.



iv. Penyediaan dokumen kontrak.

Dokumen kontrak dapat dikatakan sebagai dokumen perjanjian antara klien dengan

kontraktor. Kandungan dokumen kontrak terdiri dari dokumen tender dilengkapi dengan syarat-syarat kontrak serta lukisan-lukisan kontrak. Perkara penting di dalam dokumen kontrak ini adalah jumlah harga kontrak serta tempoh penyiapan projek.



QS didalam menyediakan dokumen syarat-syarat kontrak sama ada atas permintaan

klien dengan menggunakan borang kontrak setara tertentu ataupun yang telah diubahsuai mengikut keperluan. Jika diperlukan, QS juga membuat pindaan-pindaan terhadap mana-mana syarat kontrak.



v. Penyediaan progress payment & financial statement.

Kemajuan kerja yang dibuat kontraktor perlu dinilai bagi menetapkan bayaran

kemajuan (progress payment) yang sepatutnya diterima oleh kontraktor. Pengiraan penilaian kemajuan kerja ini harus dinyatakan di dalam kontrak, dan QS membuat penilaian berasaskan hal tersebut.



vi. Penyediaan final account.

Selepas tamat tempoh pembinaan dan kontraktor telah menyelesaikan kerja-kerjanya, QS akan menydiakan suatu laporan final account (akaun muktamad). Laporan ini mengandungi semua bayaran yang telah dibuat dan perubahan-perubahan yang timbul. Penyediaan akaun muktamad ini untuk melihat berapa total kos sebenar yang ditanggung klien untuk menyiapkan sesuatu projek.



5.2 Service Sampingan

i. Penyediaan financial feasibility study & cash flow.

Sebelum apa-apa pembinaan dijalankan keatas suatu tapak, seorang klien memerlukan suatu laporan tentang seberapa besar kemungkinan pembinaan yang akan dijalankan dapat dilaksanakan. Ia memerlukan nasihat yang tepat tentang harga sesuatu tanah, kemungkinan kos bangunan, dan kemungkinan harga sewa dan jual bangunan yang telah siap. Untuk mendapatkan jawaban tersebut diperlukan suatu kajian yang dikenal sebagai kajian kemungkinan (feasibility study), dan ia cenderung dugunakan untuk pembinaan dengan tujuan komersil seperti memajukan suatu kawasan atau pembangunan perumahan pelbagai jenis.



ii. Menyediakan dokumen dan laporan bagi pra-kelayakan kontraktor

Pra-kelayakan kontraktor biasanya dijalankan untuk cadangan pembinaan projek-projek besar dan rumit dimana kualiti suatu projek merupakan tujuan utama. Ia memerlukan kontraktor-kontraktor berpengalaman dan pernah melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan rekod yang baik. Tujuan pra-kelayakan ini adalah agar kontraktor-kontraktor yang akan memasuki tender nanti betul-betul kontraktor yang terpilih.



iii. Pelaksanaan proses arbitration (Contractual disputes)

Selain sebagai pakar kos, QS juga memiliki latar belakang disiplin ilmu undang-undang pembinaan, dengan pengetahuan di dalam undang-undang pembinaan ia dapat membantu perselisihan (dispute) yang terjadi di antara pihak-pihak yang berkontrak, sama ada dalam bentuk timbang tara (arbitration), pengantaraan (mediasi) dan litigasi. Dengan penglibatan dan kepakaran juruukur bahan di dalam undang-undang pembinaan, maka perasaan menang dan kalah diantara pihak yang bertikai dapat dihindari.



Service QS amat berguna kepada pemilik pemerintah untuk menentukan budget sesuatu projek. Manfaat service QS telah diterima pakai dan berkembang luas bukan sahaja projek-projek bangunan tetapi juga projek-projek kejuruteraan sipil, elektrikal dan mekanikal.



Projek-projek yang tidak mengguna service QS seringkali menghadapi biaya yang melewati budget. Oleh yang demikian service QS sangat diperlukan untuk menyediakan budget yang tepat. Pengawalan biaya semasa proses pembinaan amat juga diperlukan bagi mengelakan berlakunya lebihan biaya yang besar.



Di Malaysia service QS tersebut sangat penting kerana pemerintah mewajibkan

"accountability" dalam semua projek-projeknya. Administrasi kontrak (contract administration) merupakan service yang juga penting dalam perlaksanaan konstruksi projek.



Service diatas sudah menjadi perkara yang lumrah kepada QS sejak beberapa dekad yang lalu iaitu kemahiran menganilisis, merencana biaya, mengukur serta menghitung nilai kerja-kerja pembinaan bagi mengujudkan "accountability" terhadap biaya tersebut. Dalam arti kata lain service QS dapat memberi "good value for money" kepada pemilik.



6. Peranan (Roles) Quantity Surveyor di Malaysia

Diperingkat tender QS bisa menilai bukan sahaja harga tender yang paling kompetitif yang dibida olih pretender tetapi juga keupayaan keuwangan dan teknikal pretender tersebut agar kontraktor yang dipilih untuk melaksana projek tersebut adalah yang terbaik. Seseorang QS perlu mahir menghitung kos buroh, material, plant & equiptment yang diperlukan untuk sesuatu projek dan berkebolehan menghitung rate / harga yang munasabah untuk sesuatu item kerja. Kemahiran ini membolihkan QS membuat rekomendasi unit harga/rate yang paling munasabah terutama ketika negosasi harga dengan kontraktor.



Di peringkat pembinaan, QS akan bertanggungjawab mencatat perbelanjaan dan memonitor biaya supaya projek dapat di siapkan dengan kos yang paling munasabah. Untuk memberikan gambaran sebenar tentang kedudukan keuwangan bagi sesuatu projek, QS harus senantiasa menyediakan report kewangan yang berterusan kepada pemilik bagi memonitor budget projek tersebut.



Kemahiran QS mengukur dan mengharga biaya dengan tepat membolihkan belian dilantik sebagai auditor bagi mengesan kemungkinan penyelewengan dana projek. Peranan lain yang bolih dimainkan oleh QS di dalam melaksana projek pembinaan termasuklah menyediakan financial feasibility study sesuatu projek bagi membantu pemilik samaada mahu meneruskan projek tersebut atau sebaliknya.



QS bolih juga memberikan service untuk menilai perancangan binaan kota perbandaran dan pembangunan daerah dengan menggunakan pengetahuan di dalam teknik penganggaran dan menilai kos. Dengan menggunakan pengalaman yang telah ada, seseorang QS itu akan dapat mengguna rekod kos yang dianalisis untuk merencana harga pembinaan mengikut saiz, lokasi dan type / jenis yang mana diperlukan olih pihak pemerintah bagi menguruskan budget industri konstruksi sesebuah negara.



7. Kesimpulan

Peranan QS di Malaysia telah berkembang luas bukan sahaja difirma-firma QS tetapi juga diperlukan olih kontraktor, developers, bank, insuran companies, material suppliers dan industri pembinaan perkapalan (ship building). Olih yang demikian profesyen QS bertambah dikenali semakin ramai ingin memasuki bidang QS dan pendidikan QS juga kian tambah maju terutama dari aspek penggunaan komputer bagi memantapkan service QS sediaada selaras dengan cabaran teknologi terkini di dalam industri konstruksi.



QS telah memainkan peranan yang besar dalam pengurusan biaya projek-projek di Malaysia dan diharapkan pengalaman kami di Malaysia ini dapat juga dimanfaatkan di Indonesia.



Senarai Lampiran

A - Skil bayaran fee BQSM

B - Skop Service BSQM.

C - Sampel (example) dokumen budget.

D - Sampel dokumen Bill of Quantities.

E - Sampel certificate of progress payment

F - Sample dokumen final account.

Wednesday, August 5, 2009

Sedikit Tentang Sejarah Ukur Bahan di Malaysia

Profesion ukur bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930. Firma ukur bahan pertama ditubuhkan di kawasan ini ialah firma perunding ukur bahan Waters and Watsons iaitu pada tahun 1934. Setelah perang dunia ke-2, barulah profesion ukur bahan berkembang di Malaysia. Kerajaan yang ada waktu itu menubuhkan Bahagian Ukur Bahan dalam Jabatan Kerja Raya tetapi tugas-tugas Juruukur Bahan adalah terhad. Juruukur Bahan pada masa itu adalah di bawah Jabatan Arkitek dan bertugas sebagai Pegawai Kontrak. Juruukur Bahan pada masa itu bertindak sebagai Pegawai Kontrak untuk memanggil tender dalam bentuk harga pukal (lump sum), menguruskan kontrak dan menyediakan akaun muktamad sesuatu projek Pada tahun 1952, barulah ukur bahan mempunyai cawangannya sendiri di Jabatan Kerja Raya. Tidak ada sistem pembelajaran yang spesifik sehinggalah pada tahun 1953. Pada masa itu, pelatih jurutenik ukur bahan terpaksa belajar dari Juruukur Bahan asing, kebanyakan warganegara British, yang ada di Jabatan Kerja Raya dan melalui pengalaman mereka bekerja. Pada tahun 1953, Maktab Teknik (di tukarkan menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada 1972) telah ditubuhkan dan kursus Diploma Ukur Bahan adalah merupakan salah satu kursus yang diadakan khas untuk menyediakan Pembantu Teknik Ukur Bahan untuk berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya. Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah sambilan. Skop kursusnya adalah hampir sama dengan kursus Senibina dan kursus Kejuruteraan Awam iaitu dari segi matapelajaran Pembinaan Bangunan. Penuntut–penuntut yang mendapat Diploma Ukur Bahan akan dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebahagiannya pula dihantar bekerja di Jabatan Kerja Raya. Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald. Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia. Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana. Institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat. Universiti Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Diploma dan Sijil. Pada hari ini, profesion Juruukur Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan perkhidmatannya adalah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dulu beberapa orang pelajar Indonesia telah mengikuti kursus ukur bahan di ITM dan UTM. Akhirnya Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya memperkenalkan kursus ukur bahan (di kenali sebagai Teknik Ekonomi Konstruksi) di negara jiran Indonesia melalui kerjasama Universitas Bung Hatta, Padang. from http://ukurbahan-qs.blogspot.com

Thursday, July 30, 2009

Permulaan yang baik

aku dok kat sini pon makin lama makin best..hohooo.... errmmm... 10hb sept aku cuti... waaaaaaa...... besttt222......